Hai korang! Siapa kat sini yang minat sangat nak makan donut hasil buatan sendiri dan gebu, tapi selalu putus asa bila fikir bab nak uli doh? Jangan risau, resepi kali ni khas untuk korang!
Harini Dya nak kongsi resepi Donut Gebu Tanpa Uli yang tersangatlah mudah dan praktikal. Dya faham, tak semua orang ada stand mixer kat rumah, dan bukan semua tangan larat nak menguli doh lama-lama sampai licin, kan? Jadi, Dya gunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah dicari kat dapur je.
Rahsia utama donut ni tetap menjadi lembut dan gebu elok adalah pada penggunaan doh hidrasi tinggi (high hydration dough). Kita langsung tak payah penat-penat perah tenaga nak uli, hanya cuma guna teknik stretch & fold (tarik dan lipat) je semasa proses penghasilan doh. Hasilnya? Memang tak sangka, donut keluar tetap lembut, gebu, dan cair di mulut!
Jom Dya tunjukkan cara buatnya, memang santai-santai sambil tengok TV pun boleh siap!


Donut Gebu Tanpa Uli (High Hydration Dough)
Ingredients
Method
- Campur Bahan Basah: Dalam mangkuk, sebaktikan air suam, minyak masak, telur, gula, dan yis segera. Kacau rata.
- Masukkan Bahan Kering: Masukkan tepung high protein, baking powder, dan garam. Kacau adunan sehingga sebati menjadi doh rata.
- Rehatkan Doh (Set 1): Tutup adunan dan rehatkan doh selama 30 minit.
- Teknik Stretch & Fold: Selepas 30 minit, lakukan teknik tarik dan lipat doh dari empat penjuru untuk mengaktifkan gluten. Rehatkan semula doh selama 30 minit. Ulangi proses stretch & fold dan rehat ini sebanyak 3 set.
- Canai & Bentuk: Taburkan sedikit tepung pada dough. Canai doh menggunakan rolling pin (jangan terlalu nipis). Terap doh mengikut bentuk donut menggunakan acuan donut atau cawan/gelas.

- Kembangkan Doh: Biarkan donut yang telah dibentuk naik sehingga 2 kali ganda saiz asal.
- Goreng Donut: Panaskan minyak pada suhu sederhana (jangan terlalu panas atau api terlalu besar supaya bahagian dalam masak sekata). Goreng donut sehingga keperangan.

- Angkat & Salut: Sejukkan donut seketika, kemudian salutkan dengan gula.
- Isi Inti (Pilihan): Untuk donut berinti, cucuk bahagian tengah donut menggunakan pisau, kemudian picitkan inti (chocolat spread, jem, atau krim) menggunakan piping bag. Siap untuk dihidang!

