Go Back

Donut Gebu Tanpa Uli (High Hydration Dough)

Resepi donut gebu dan lembut tanpa perlu diuli, diguna marjerin, atau susu. Menggunakan teknik stretch & fold yang sangat mudah dan sesuai untuk dihidang dengan taburan gula atau diisi inti (filling).
Prep Time 1 hour 30 minutes
Cook Time 10 minutes
Total Time 1 hour 40 minutes
Servings: 12
Course: Snack
Cuisine: Malaysia

Ingredients
  

Bahan Basah
  • 350 g air suam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 paket yis segera instant yeast
Bahan Kering
  • 620 g tepung high protein tepung roti
  • 1 sudu besar baking powder
  • Sedikit garam
Bahan Salut dan Inti Donut
  • Gula halus / gula kaster untuk saduran
  • Coklat spread / jem / krim untuk inti

Method
 

  1. Campur Bahan Basah: Dalam mangkuk, sebaktikan air suam, minyak masak, telur, gula, dan yis segera. Kacau rata.
  2. Masukkan Bahan Kering: Masukkan tepung high protein, baking powder, dan garam. Kacau adunan sehingga sebati menjadi doh rata.
  3. Rehatkan Doh (Set 1): Tutup adunan dan rehatkan doh selama 30 minit.
  4. Teknik Stretch & Fold: Selepas 30 minit, lakukan teknik tarik dan lipat doh dari empat penjuru untuk mengaktifkan gluten. Rehatkan semula doh selama 30 minit. Ulangi proses stretch & fold dan rehat ini sebanyak 3 set.
  5. Canai & Bentuk: Taburkan sedikit tepung pada dough. Canai doh menggunakan rolling pin (jangan terlalu nipis). Terap doh mengikut bentuk donut menggunakan acuan donut atau cawan/gelas.
  6. Kembangkan Doh: Biarkan donut yang telah dibentuk naik sehingga 2 kali ganda saiz asal.
  7. Goreng Donut: Panaskan minyak pada suhu sederhana (jangan terlalu panas atau api terlalu besar supaya bahagian dalam masak sekata). Goreng donut sehingga keperangan.
  8. Angkat & Salut: Sejukkan donut seketika, kemudian salutkan dengan gula.
  9. Isi Inti (Pilihan): Untuk donut berinti, cucuk bahagian tengah donut menggunakan pisau, kemudian picitkan inti (chocolat spread, jem, atau krim) menggunakan piping bag. Siap untuk dihidang!